Kursus Pastry
01 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 28 September hingga 30 September 2016 telah berlangsung Kursus Pastry bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Simpang Empat. Kursus ini memberi tumpuan kepada pengeluaran roti, kek dan kuih-muih yang boleh dibekalkan kepada masyarakat. Pelajar-pelajar dilatih bekerja mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan untuk menjamin hasil pengeluaran yang berkualiti, berkhasiat, menarik dan bersih.
Sepanjang kursus ini berlangsung para peserta telah diajar dan telah membuat beberapa jenis roti, kek dan biskut. Antaranya Churros dengan caramel Sauce, Pastry Lapis, Tart Telur & Tart Buah. disamping itu juga peserta diajar untuk mendecorasi sendiri Tart Buah yang telah mereka buat. Kursus seperti ini dapat membantu para peserta dari segi kemahiran dan dapat menjana ekonomi untuk menambah pendapatan. Selain itu, kursus ini juga dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: