Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau bersama Hari Semarak Komuniti DUN Pauh
1 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 30 April 2016, telah berlangsung Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia RPA Arau bersama Hari Semarak Komuniti DUN Pauh dengan kerjasama organisasi dalam komuniti iaitu JKKK,KRT,CCH,COMBI,K1M dan JPP. Majlis ini diadakan di perkarangan Dataran RPA Arau. Majlis ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya ialah pameran agensi, pertandingan memasak asam pedas dan sambal belacan, pendaftaran ahli PI percuma, teka kiub KDB, pameran ular, sukaneka dan lain-lain lagi. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Azlan Bin Man Menteri besar Perlis yang uuga merupakan ADUN Kawasan Pauh.Antara agensi-agensi yang menyertai pameran ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,Jabatan Bomba dan Penyelamat dan lain – lain lagi.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: