Lawatan Khidmat Komuniti
31 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 30 Januari 2016 bertempat di Paediatric Ward 1 & 2, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar telah berlangsung Lawatan Khidmat Komuniti. Program ini melibatkan seramai 46 orang peserta dari kalangan staff PI Perlis, staff Paediatric Ward 1 & 2 serta pesakit-pesakit di wad tersebut. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memupuk sikap penyayang, menyemaikan perasaan belas kasihan antara setiap ahli dan masyarakat sekeliling di samping membantu menghiburkan hati kanak-kanak dan seterusnya mengurangkan bebanan dan rasa tertekan dalam kalangan pesakit. Lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami dan menghargai kepentingan perkhidmatan sosial, menyemai sifat simpati dan keikhlasan untuk menolong masyarakat kurang upaya dan kurang bernasib baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: