Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Dato' Jaafar Hassan 2016
17 April 2016 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2016 bertempat di Sekolah Menegah Dato' Jaafar Hassan, telah berlangsung Hari Kokurikulum Tahun 2016 .Hari kokurikulum bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk memperagakan aktiviti masing-masing dan menunjukkan hasil daripada usaha mereka sepanjang tahun. disamping itu, hari kokurIkulum juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid. Antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang pameran termasuklah aktiviti tuju-tuju KDB, aktiviti wordsearch, aktiviti teka kiub KDB, dan aktiviti stick puzzle.
Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: