Klik Dengan Bijak & Sothink Logo Maker I
23 Januari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 22 Januari 2016 beretempat di Pusat Interenet 1Malaysia Arau telah berlangsung aktiviti Klik Dengan Bijak & Sothink Logo Maker I. Aktiviti ini berjaya menarik minat seramai 8 orang peserta di sekitar Arau. Program ini diadakan bagi menambah pengetahuan para peserta dalam mereka cipta logo. Selain itu, Selain para peserta juga diberi taklimat Klik Dengan Bijak. Dalam slot Klik Dengan Bijak, para peserta diberi pendedahan mengenai keselamatan-keselamatan di internet dan diberi tips untuk melayari internet dengan lebih selamat. Melalui aktiviti ini, para peserta dapat mempelajari cara-cara melukis logo menggunakan software 'Sothink Logo Maker'. Selain itu, aktiviti mereka cipta logo dapat menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: