Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak [SMK Salang]
12 September 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI Rpa Arau telah dijemput oleh MCMC[PRSO] Bagi bersama-sama memberi taklimat mengenai keselamatan internet .Program ini telah dijalankan bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat, PDRM dan jugan beberapa NADI Lain. Beberapa sekolah telah dipilih ialah SMK Salang.Ianya berjalan serentak antara parlimen Arau, Parlimen Kangar dan Parlimen Padang Besar.
Program seperti ini sebagai langkah untuk memberikan kefahaman berhubung ancaman dan implikasi yang wujud dalam dunia siber kepada para pelajar. Selain itu, objektif taklimat ini ialah untuk mendidik generasi muda mendisiplinkan diri dan menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan bijak serta mengelak dari penyalahgunaan media sosial seperti penyebaran berita palsu, Buli Siber dan juga Online Grooming.Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: