Program Jiwa Madani Peringkat Pauh
28 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniNADI RPA Arau dijemput bagi sama-sama menjayakan sebuah program bersama komuniti. Program JIWA MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bertujuan untuk menguar-uarkan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan berteraskan konsep Malaysia MADANI. usaha bersama ini akan terus memberi impak positif kepada komuniti dan membantu mencapai matlamat dan pembangunan yang berterusan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: