Program Keusahawanan bersama Giatmara Soft Skill & Asas Keusahawanan
22 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniNaDi RPA Arau telah mengadakan sesi pembelajaran Keusahawanan bersama Pelajar Giat Mara Kangar. Program ini berlangsung bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Program ini dimulakan dengan talimat memberi kesedaran awal kepada pelajar terutama sekali remaja tentang keselamatan ketika menggunakan internet serta kegiatan jenayah siber yang semakin berleluasa..Tajuk kali ini adalah belajar mengenai asas keusahawanan dan juga membuat kertas kerja untuk pelan perniagaan.Banyak yang mereka pelajari seperti SWOT dan juga aliran tunai perniagaan.Mereka juga perlu membentangkan hasil kerja kumpulan mereka dihadapan peserta lain.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: