Kelas Pemasaran Tiktok

6 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Rakan Digital PEDi membuka peluang kepada usahawan di kalangan komuniti setempat untuk hadir mempelajari asas untuk membuka akaun Tiktok dan menjana income dengan affiliate tiktok. Dengan kerjasama YB Azam Karat program ini telah berjaya dijalankan di Pejabat Persatuan Khidmat Rakyat Kuala Perlis. Tujuan Memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kelebihan menjadi affilite tiktok yang kebanyakan usahawan tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu.

Tambahan pula, apabila usahawan telah memahami segala proses untuk memuatnaik produk, usahawan akan lebih bersemangat untuk memeruskan perniagaan di atas talian. Sesi penerangan diberikan berdasarkan slide yang telah disediakan dimana usahawan pula dapat terus mengikuti langkah demi langkah dalam penyediaan kedai di Tiktok.

Kelas seperti ini dapat menarik minat bakal usahawan dan usahawan baru untuk mempelajari lebih terperinci dalam penyediaan kedai atas talian di platform Tiktok.Disamping itu, kami juga dapat memberi pendedahan serta menerangkan kelebihan perniagaan di platform Tiktok yang mana kebanyakan usahawan tidak tahu mengenainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali