Program Internet Safe & World Quran Hours

5 April 2024 | Aktiviti Terkini

NADI Rpa Arau telah Dijemput untuk bersama-sama menjayakan Program Internet Safe & World Quran Hours . Bertempat di Perpustakaan Desa Tambun Tulang dan seramai 19 orang peserta yang hadir dalam menjayakan program. Beberapa NADI sekitar juga turut membantu dalam menjalinkan usahasama dengan Agensi terlibat seperti Perpustakaan Desa Tambun Tulang dan Tabika Islam Tambun Tulang.

Matlamat World Quran Hour ini untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran. Program ini juga mahu menjadikan al-Quran sebagai tali untuk menyatukan ummah seluruh dunia.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali