Bengkel Affiliate di Tiktok
29 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2024 telah berlangsungnya Bengkel Tiktok For Business yang bertajuk Tiktok Affiliate iaitu memberi penerangan bagaimana Tiktok platform dapat jana pendapatan sampingan bagi yang baru ingin memulakan perniagaan di Tiktok tanpa mengeluarkan modal. Bengkel tiktok yang diadakan adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada para usahawan atau surirumah untuk memasarkan produk mereka disamping itu menjana pendapatan sampingan dalam e-pemasaran.
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi penerangan kepada usahawan secara terperinci mengenai cara mendaftar Tiktok Seller Center serta cara untuk pautkan dengan akaun Tiktok Personal. Usahawan hanya perlu mempromosikan barangan dengan cara yang menarik dan kreatif daripada “Video Content Creator”.
Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: