Bengkel Asas Tiktok Perpustakaan Desa Seberang Ramai

15 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2023 iaitu hari Rabu, telah berlangsung Bengkel Asas Tiktok bersama pengguna perpustakaan desa di Seberang Ramai Kuala Perlis. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Seberan Ramai bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran awal kepada komuniti setempat terutama sekali remaja tentang keselamatan ketika menggunakan internet serta kegiatan jenayab siber yang semakin berleluasa. PEDi yang terlibat adalah PEDi Batas Lintang, PEDi Tambun Tulang, PEDi Rpa Arau dan PEDi Padang Besar Selatan.

Staf PEDi mengambil kesempatan ini untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti di sekitar perpustakaan desa tersebut mengenai aplikasi TikTok dan cara untuk menghasilkan video untuk dimuat naik ke aplikasi tersebut. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali