Kelas Pemasaran Digital Shopee Usahawan Komuniti
17 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini16 Ogos 2023 [ Rabu] Rakan Digital PEDi membuka peluang kepada usahawan di kalangan komuniti setempat untuk hadir mempelajari asas untuk membuka akaun Shopee, cara untuk memuatnaik bahan dagangan ke kedai dan mencantikkan halaman kedai Shopee. Dengan kerjasama komuniti setempat di sekitar Pedi Batas Lintang. Tujuan Memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kelebihan menjual di Shopee yang kebanyakan usahawan tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu.
Sesi penerangan diberikan berdasarkan slide yang telah diperolehi daripada pihak Shopee sebelum ini, dimana usahawan pula dapat terus mengikuti langkah demi langkah dalam penyediaan kedai di Shopee.Kelas seperti ini dapat menarik minat bakal usahawan dan usahawan baru untuk mempelajari lebih terperinci dalam penyediaan kedai atas talian di platform Shopee.Disamping itu, kami juga dapat memberi pendedahan serta menerangkan kelebihan perniagaan di platform Shopee yang mana kebanyakan usahawan tidak tahu mengenainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: