Taklimat Pendaftaran SPPP

6 April 2023 | Aktiviti Terkini

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) diadakan pada 05 April 2023 pada hari Rabu di PEDi Tambun Tulang dengan kerjasama Rakan Digital dan SSM Perlis. Tahukah anda, Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa. Tujuan Talimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini memberi maklumat mengenai fungsi SSM dan kelebihan mendaftar peniagaan.

Disamping itu juga ia memberi penerangan mengenai SPPP kepada golongan usahawan B40 dan Pelajar sepenuh masa. Petugas PEDi mendengar taklimat dari pihak SSM dan memberi maklumat berkaitan SSM, Fungsi, Entiti Perniagaan serta kelebihan mendaftar peniagaan tersebut. Selain itu juga SSM mempenkenalakan SPPP dengan lebih mendalam serta memberi peluang kepada petugas untuk sesi soal jawab antara pihak SSM dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali