Mewarna @ Program Jom Baca Bersama 2023

19 May 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2023, Mewarna @ Program Jom Baca Bersama 2023. Program ini berlangsung di Perpustakaan Desa Tambun Tulang bermula pada 9 pagi hingga 12:30 tengah hari. Tujuan aktiviti ini diadakan satu program yang diadakan bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Antara matlamat yang ingin dicapai sepanjang program ini ialah mewujudkan budaya mementingkan ilmu. dan memupuk budaya membaca dalam diri pelajar.

Terdapat beberapa aktiviti sampingan yang dijalankan oleh PEDi Tambun Tulang antaranya aktiviti mewarna menggunakan apps dan tablet. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali