Kelas Pemasaran Digital
13 May 2023 | Aktiviti TerkiniRakan Digital PEDi membuka peluang kepada usahawan di kalangan komuniti setempat untuk hadir mempelajari asas untuk membuka akaun Shopee, cara untuk memuatnaik bahan dagangan ke kedai dan mencantikkan halaman kedai Shopee. Dengan kerjasama YB Azam Karat program ini telah berjaya dijalankan diPejabat Persatuan Khidmat Rakyat Kuala Perlis. Tujuan Memberi penerangan dan pendedahan berkaitan kelebihan menjual di Shopee yang kebanyakan usahawan tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu.Selain itu, kelas ini dapat dilaksanakan secara fizikal dan terus diwujudkan tanpa menunggu lagi.
Tambahan pula, apabila usahawan telah memahami segala proses untuk memuatnaik produk, usahawan akan lebih bersemangat untuk memeruskan perniagaan di atas talian. Sesi penerangan diberikan berdasarkan slide yang telah diperolehi daripada pihak Shopee sebelum ini, dimana usahawan pula dapat terus mengikuti langkah demi langkah dalam penyediaan kedai di Shopee.Kelas seperti ini dapat menarik minat bakal usahawan dan usahawan baru untuk mempelajari lebih terperinci dalam penyediaan kedai atas talian di platform Shopee.Disamping itu, kami juga dapat memberi pendedahan serta menerangkan kelebihan perniagaan di platform Shopee yang mana kebanyakan usahawan tidak tahu mengenainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: