NCER_Pengenalan Keusahawanan

1 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

30 September 2023 [Sabtu] : Pihak NCER telah menjemput Staff PEDi Rpa Arau dan PEDi Padang Besar Selatan sebagai tenaga pengajar untuk peserta-peserta Kursus Usahawan dan Transformasi Minda daripada NCER. Kali ini seramai 36 peserta telah didehkan dengan tajuk Asas Keusahawanan. Kelas bermula jam 8.30pagi hinggan 12.00 tengah hari yang bertempat di Giatmara Arau.

Kelebihan dalam menyertai program keusahawan ini kerana Modul latihan terkini yang menepati kehendak industri dan pasaran semasa. Pemudahcara yang berkelayakan dan berpengalaman terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan syarikat korporat.Mod pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline. Bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan daripada PEDi dan NCER dan juga berpeluang mendapat kemudahan sokongan melalui ekosistem perniagaan yang disediakan oleh NCER.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali