MIV Uitm Bersama Tabika Perpaduan [Mengenali Komputer]

14 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2023 bertempat di PEDi Rpa Arau telah berlangsung satu program MIV bersama pelajar UITM dan jugak peserta daripada Tabika Perpaduan RPA Arau. MIV Komuniti adalah program sukarelawan ICT yang menumpukan kepada peningkatan literasi digital di kalangan komuniti untuk memaksimumkan faedah ICT untuk diri mereka dan komuniti serta menggalakkan perniagaan tempatan secara lebih ketara menerusi penggunaan media sosial.

Untuk slot kali ini dengan sasaran pelajar bawah 5 tahun sukarelawan MIV memilih tajuk mengenal komputer. Disertai oleh 15 orang adik-adik Tabika Perpaduan bersama guru pengiring. Melalui MIV, perkongsian ilmu bersama pelajar boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memberikan maklumat mengenai penggunaan ICT di kawasan sekolah supaya pelajar dapat menggunakan Internet secara bertanggungjawab, selamat dan berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali