Taklimat Pengurusan Harta Pusaka
21 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini20 Oktober 2023 [Jumaat] : PEDi Rpa Arau telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu taklimat berkaitan Pengurusan Harta Pusaka dan Wasiat yang bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas mengenai pentadbiran dan pengurusan harta pusaka menurut hukum Syarak. Program ini telah diadakan pada hari Jumaat, 20 Oktober 2023 yang lalu. Majlis perkongsian maklumat tersebut telah disampaikan oleh Puan Syafikah Binti Senawi, daripada Great Eastern Perlis yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan harta dan pusaka.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 15 orang staff PEDi serta komuniti sekitar. Taklimat Pengurusan Harta Pusaka telah memberi pendedahan tentang tatacara pengurusan harta pusaka yang betul melalui perkongsian ilmu oleh penceramah yang bertauliah. Ia diharapkan telah memberi maklumat yang bermanfaat dan menjadi ilmu yang berguna buat peserta di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: