Taklimat Advokasi Ancaman Siber_SMK Guar Nangka

27 September 2023 | Aktiviti Terkini

26 September 2023 [ Selasa] Pengurus PEDi Rpa Arau telah dijemput oleh MCMC[PRSO] Bagi bersama-sama berkongsi taklimat mengenai ancaman siber di Sekolah Menengah Guar Nangka. Taklimat ini dihadiri seramai 350orang termasuk pelajar dan guru-guru. Tanpa panduan dan pengawasan yang sewajarnya oleh orang dewasa, anak-anak berisiko tinggi untuk terdedah kepada ancaman dunia siber memandangkan keadaan itu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Oleh itu, kami mengadakan program seperti ini sebagai langkah untuk memberikan kefahaman berhubung ancaman dan implikasi yang wujud dalam dunia siber kepada para pelajar. Selain itu, objektif taklimat ini ialah untuk mendidik generasi muda mendisiplinkan diri dan menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan bijak serta mengelak dari penyalahgunaan media sosial seperti penyebaran berita palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali