Bengkel Pemasaran Digital eUsahawan dan Advokasi Ancaman Siber
24 September 2023 | Aktiviti TerkiniPihak pengurusan PEDI RPA Arau telah menjalankan program untuk para usawan Perlis dengan kerjasama Maxis dan MCMC. Bagi menjayakan program ini PEDi Perlis [Maxis] dan Rakan Digital turut terlibat sama. Peserta terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan seluruh negeri perlis.Seramai 76 peserta telah menghadirkan diri bagi Program ini. eKelas Usahawan adalah program berstruktur dan berlestari untuk membantu usahawan wanita dari masyarakat luar bandar mengembangkan pengunaan digital perniagaan mereka.Modul termasuk tips dan kemahiran asas fotografi digital, pemasaran dan pengiklanan dalam talian dan media soial serta pembayaran digital.
Antara pengisian semasa taklimat advokasi ancaman ini adalah : -
- Memberikan informasi mengenai apakah itu Penipuan Atas Talian?
- Memperkenalkan jenis-jenis penipuan atas talian.
- Memperkenalkan contoh-contoh penipuan atas talian.
- Panduan agar tidak terjebak dengan penipuan atas talian.
- Mempromosikan lama sosial PEDi, Klik Dengan Bijak, MCMC dan PDRM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: