NCER_ Penjenamaan produk dan Canva

15 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

14 Oktober 2023 [Sabtu] : Pihak NCER telah menjemput Staff PEDi Rpa Arau dan PEDi Padang Besar Selatan sebagai tenaga pengajar untuk peserta-peserta Kursus Usahawan dan Transformasi Minda daripada NCER. Kali ini seramai 15 peserta telah didehkan dengan tajuk Penjenamaan produk dan Canva. Kelas bermula jam 8.30pagi hinggan 12.00 tengah hari yang bertempat di Giatmara Arau. Antara perkara penting yang akan memberikan kelebihan kepada usahawan di Malaysia adalah penjenamaan produk.

Tanpa proses penjenamaan yang betul, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan susah untuk bersaing dan mendapat tempat di hati pelanggan. Kelebihan dalam menyertai program keusahawan ini kerana Modul latihan terkini yang menepati kehendak industri dan pasaran semasa. Pemudahcara yang berkelayakan dan berpengalaman terdiri daripada pakar industri, ahli akademik dan syarikat korporat.Mod pengajaran latihan berbentuk teori dan praktikal secara online dan offline.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali