Bowling @ Perpustakaan Desa Balik Bukit

14 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

13 Oktober 2023 [Jumaat]:- telah berlangsung permainan bowling bersama Perpustakaan Desa Balik Bukit sempena Hari Sukan Negara. Program ini berlangsung bermula pada pukul 10.00 hingga 1.00 tengahari. Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara staff PEDi dan juga komuniti selain dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping memberi pendedahan tentang keselamatan penggunaan internet dan fungsi Pusat Ekonomi Digital. PEDi yang terlibat ialah PEDi Tambun Tulang, Batas lintas, Arau, dan Padang Besar Selatan.

Staff PEDi berkongsi mengenai kempen keselamatan ICT iaitu Klik Dengan Bijak kepada komuniti yang dating dan peserta diberikan taklimat peraturan sebelum permainan bermula. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PEDi dengan komuniti, dapat memperkenalkan PEDi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PEDi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan PEDi kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali