NCER_Rancangan Perniagaan dan Strategi Pemasaran

8 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

07 Oktober [Sabtu] : Pihak NCER telah menjemput Staff PEDi Rpa Arau dan PEDi Padang Besar Selatan sebagai tenaga pengajar untuk peserta-peserta Kursus Usahawan dan Transformasi Minda daripada NCER. Kali ini seramai 15 peserta telah didehkan dengan tajuk Pelan Perniagaan. Kelas bermula jam 8.30pagi hinggan 12.00 tengah hari yang bertempat di Giatmara Arau. Peserta dapat Kenal pasti dan menilai langkah-langkah untuk memulakan perniagaan. Analisis perniagaan yang berpotensi – SWOT Analisis.

Dokumenkan dan justifikasi idea perniagaan yang berpotensi dan menyediakan strategi operasi yang teliti untuk mencapai matlamat. Strategi pemasaran merujuk kepada rancangan permainan keseluruhan perniagaan untuk mengambil perhatian bakal pengguna dan menjadikan mereka pelanggan produk atau perkhidmatan. Semua matlamat dan objektif pemasaran syarikat digabungkan menjadi satu pelan komprehensif. Bimbingan dan khidmat nasihat secara berterusan daripada PEDi dan NCER dan juga berpeluang mendapat kemudahan sokongan melalui ekosistem perniagaan yang disediakan oleh NCER.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali