Kelas Asas Grafik Photoshop

17 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

15 & 16 Jun 2022 [Selasa] : Pihak KEMAS Alor Tampang telah menjemput Staff PEDi RPA Arau sebagai tenaga pengajar kepada peserta-peserta kursus berkaitan asas grafik. Pada dua hari ini staff PEDi memilih untuk memberi tunjuk ajar mengenai Aplikasi ADOBE PHOTOSHOP. Apa yang mereka pelajari adalah pengenalan kepada tools ADOBE PHOTOSHOP. Selain itu mereka dikehendaki mebuat LOGO dan juga Poster bagi membiasakan peserta menggunakan segala peralatan yang tersedia di ADOBE PHOTOSHOP.

Sebelum itu staff juga memberi taklimat advokasi bagaimana menjadi seorang yang berhemah ketika membuat kandungan-kandungan di media sosial. Kelas ini mengambil masa lebih kurang empat jam selama dua hari dan dihadiri seramai 15 orang peserta. Kami berharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk mengunakan medium ini bagi tujuan kebaikkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali