Kelas Asas Grafik Canva

15 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

14 Jun 2022 [Selasa] : Pihak KEMAS Alor Tampang telah menjemput Staff PEDi RPA Arau sebagai tenaga pengajar kepada peserta-peserta kursus berkaitan asas grafik. Pada hari ini staff PEDi mengajar tajuk CANVA. Apa yang mereka pelajari adalah pengenalan kepada tools CANVA. Selain itu mereka dikehendaki mebuat LOGO dan juga Poster bagi membiasakan peserta menggunakan segala peralatan yang tersedia di CANVA.

Sebelum itu staff juga memberi taklimat advokasi bagaimana menjadi seorang yang berhemah ketika membuat kandungan-kandungan di media sosial. Kelas ini mengambil masa lebih kurang empat jam dan dihadiri seramai 15 orang peserta. Kami berharap ianya sedikit sebanyak dapat membantu peserta untuk mengunakan medium ini bagi tujuan kebaikkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali