Kelas Literasi ICT dan Usahawan Giatmara Kangar [Solekan dan Terapi Kecantikan]

31 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

29 March – 30 March 2022 [Isnin Selasa] : Pihak pengurusan PEDI RPA Arau, PEDI Pokok Jawi, PEDi Tambun Tulang dan PEDi Batas Lintang telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Keusahawanan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 10 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00Petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.

Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan media social seperti facebook page sebagai medium mempromosikan perniagaan dan sedikit asas pengenalan perniagaan dalam talian. Tidak lupa juga memberi pendedahan klik dengan bijak berkaitan maklumat palsu yang sering terjadiketika melayari internet. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali