Kelas Literasi ICT dan Usahawan Giatmara Kangar [Fesyen & Dressmaking]

10 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

08-09 August 2022 [Isnin & Selasa] : Pihak pengurusan PEDI RPA Arau, PEDI ,PEDi Tambun Tulang dan PEDi Batas Lintang telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Keusahawanan kepada pelajar GiatMara Kangar Kursus. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 17 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00Petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.

Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan media social seperti facebook page sebagai medium mempromosikan perniagaan dan sedikit asas pengenalan perniagaan dalam talian.Selain itu mereka diselitkan pembelajaran CANVA dan Plan Perniagaan.

Mereka juga diajar teknik Fotografi dan videografi bagi tujuan untuk produk makerting.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali