Kelas Usahawan Digital NCER Automotif
17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini15 & 16 Mei 2022 [Sabtu & Ahad] : Pihak pengurusan PEDI RPA Arau telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi Program Keusahawanan Digital kepada pelatih NCER Kursus Automotif. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 10 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang selama dua hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.
Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan media social seperti facebook page sebagai medium mempromosikan perniagaan dan sedikit asas pengenalan perniagaan dalam talian.Asas fotografi dan videografi bagi gambar produk dan selain itu mereka diajar untuk reka grafik bisnes kad mengunakan canva. Tidak lupa juga memberi pendedahan klik dengan bijak berkaitan maklumat palsu yang sering terjadi ketika melayari internet. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: