Kelas Usahawan Digital NCER Giatmara Padang Besar

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

10 April & 16 April 2022 [Sabtu] : Pihak pengurusan PEDI RPA Arautelah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi Program Keusahawanan Digital kepada pelatih NCER GiatMara Padang Besar. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 18 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00Petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.

Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan media social seperti facebook page sebagai medium mempromosikan perniagaan dan sedikit asas pengenalan perniagaan dalam talian. Tidak lupa juga memberi pendedahan klik dengan bijak berkaitan maklumat palsu yang sering terjadiketika melayari internet. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali