Program e-Usahawan Shopee

25 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 November 2020: Perpustakaan Cawangan Simpang Empat dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti (Maxis) mengadakan program e-Usahawan Shopee. Kelas bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari. Peserta diajar menggunakan aplikasi shopee iaitu aplikasi yang digunakan untuk menjual produk secara atas talian. Selain itu, peserta juga belajar cara menyunting gambar supaya kelihatan lebih menarik dan kreatif.

Melalui program ini, usahawan yang baru berjinak dengan dunia perniagaan dapat memperkembangakan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam latihan mengedit gambar produk mereka untuk menarik perhatian pembelian. Seterusnya, peserta juga diberi pendedahan dan latihan berkaitan penggunaan aplikasi Shopee yang dapat membantu untuk menjana pendapatan. Dengan penggunaan aplikasi Shopee peserta dapat mengembang serta memperluaskan lagi produk jualan mereka secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali