Program COMBI ("COMmunication for Behavioural Impact")

21 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2020 telah berlangsungnya satu program dibawah pejabat kesihatan negeri Perlis iaitu Program COMBI atau dikenali sebagai “Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku”. Di Malaysia, pendekatan ini digunakan bagi mencegah dan mengawal penyakit Demam Denggi. Program ini diadkan diperkarangan Pusat Internet Kg. Surau, bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pusat Internet tidak terkecuali dalam menyampaikan taklimat kempen Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertajuk “Maklumat Palsu” kepada komuniti penduduk Kampung Surau.

Kebaikan dari aktiviti yang dijalankan dari program ini ialah dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan mengeratkan silaturahim antara staf Pusat Internet dan Komuniti kampung. Seramai hampir 51 orang yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali