Aktiviti Sejenak Di Perpustakaan Selautan Ilmu Pengetahuan

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2020 telah berlangsung aktiviti sejenak di perpustakaan selautan ilmu pengetahuan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang dengan kerjasama Pusat Internet Maxis Perlis. Aktiviti ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet komuniti dan Perpustakaan dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Perpustakaan Desa. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, cara perkataan tersembunyi dan tuju-tuju hadiah.

Selain itu, aktiviti ini diadakan bagi meraikan pelajar Tadika Al Istiqamah bersempena dengan cuti akhir tahun yang bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Justeru itu, PIK mengambil peluang untuk turut memeriahkan aktiviti ini, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali