Bengkel E-Usahawan Giat Mara (Teknologi Motosikal ) Minggu III

23 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2019 : Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan pelajar GIATMARA ARAU yang bertempat di Pusat Internet Arau, Perlis. Pada minggu ini pelajar didedahkan dengan tajuk berniaga melalui platform wassap dan juga email. Dengan adanya asas ilmu ini bolehla pelajar mengaplikasikan dalam urusan perniagaan mereka.

Program ini juga dijalankan bagi memberi pengetahuan tentang keusahawan serta teknik berniaga bagi pelajar yang ingin berniaga selepas tamat sesi pembelajaran di Giat Mara serta memberi taklimat kepada warganegara mengenai kesedaran terhadap dunia digital masa kini dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dan diketahui.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali