Program Keusahawanan (Shopee) bersama Perpustakaan Awam Perlis
20 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Disember 2019: Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan pelajar Perpustakaan Awam Perlis yang bertempat di Perpustakaan Awam, Perlis. Program bermula jam 9.00 pagi . Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mendedahkan kepada pengunjung perpustakaan berkaitan dengan perniagaan atas talian dengan menggunakan platform Shopee. Para peserta dapat mengetahui cara menjual barang dengan menggunakan platform shopee. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan keselamatan ICT Klik Dengan Bijak. Program berakhir pada jam 12.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: