Aktiviti Sempena Bulan Sains Di Perpustakaan Desa Tambun Tulang

20 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2019 telah berlangsung Aktiviti Sempena Bulan Sains Di Perpustakaan Desa Tambun Tulang dengan kerjasama Pusat Internet Maxis Perlis. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dan Perpustakaan dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Perpustakaan Desa. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti mencipta bunga kreatif, demo sains, info hunt, dan memasak ilham bonda.

Selain itu, program ini diadakan bersempena dengan menyambut Bulan Sains Negara yang disertai oleh penduduk setempat dimana program bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Justeru itu,PI mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yangperlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali