Program Riang Ria Cuti Sekolah Perpustakaan Desa Tambun Tulang

19 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2019 telah berlangsung Program Riang Ria Cuti Sekolah Di Perpustakaan Desa Tambun Tulang dengan kerjasama Pusat Internet Maxis Perlis. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dan Perpustakaan dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertujuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Perpustakaan Desa. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti kuiz dialect Perlis, Lambung Kasih, Batu 7 dan taklimat PDPA.

Selain itu, program ini diadakan bersempena dengan cuti sekolah yang disertai oleh penduduk setempat dimana program bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Justeru itu, PI mengambil peluang memberi pendedahan kepada ibubapa tentang kesedaran dan kepentingan hak menjaga data peribadi seperti yang tertera dalam akta PDPA, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali