Taklimat Perlindungan Data Peribadi Malaysia

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2019: Pusat Internet RPA Arau telah menghadiri Train of Trainer yang dinajurkan oleh telah menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Ianya bertempat di Pusat Internet Gunung Hilir.

Fokus utama JPDP adalah mengawal selia pemprosesan data peribadi seseorang individu oleh pengguna data agar ia digunakan dengan cara yang penuh berintegriti, selamat dan tidak disalahgunakan. JPDP adalah bertanggungjawab memastikan semua pengguna data peribadi dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi melalui pelaksanaan penguatkuasaan yang perlu bagi mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali