Program Hari Terbuka PI Napoh

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2018, Pusat Internet Napoh telah mengadakan Hari Terbuka dan menjemput Pusat Internet Perlis dan yang lain bagi memeriahkan suasana. Hari terbuka ini terbuka kepada semua komuniti setempat yang datang berkunjung. Pelbagai aktiviti yang dilakukan sempena hari terbuka tersebut, antaranya ialah Explorace , Demo Masakan, Pameran Agensi dan Advokasi.

Aktiviti yang diadakan ini juga mampu mengasah bakat yang ada pada para peserta. Dengan adanya hari terbuka ini, ia dilihat mampu untuk menarik ramai lagi komuniti setempat untuk datang melawat dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungn silaratulrahim penduduk setempat yang mana ia selaras dengan usaha meramaikan kunjungan komuniti di pusat internet tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali