Program Kembara Merdeka SMK Arau Dan Penyampaian Sumbangan Asnaf Anjuran Bersama KRT RPA Arau Dan LPPKN Negeri Perlis

14 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2019 PI RPA Arau telah menyertai Program Kembara Merdeka SMK Arau dan penyampaian sumbangan asnaf anjuran bersama KRT RPA Arau dan LPPKN Negeri Perlis. Program ini boleh menggalakkan peserta untuk lebih aktif dan melakukan perkara yang lebih berfaedah. Program ini disertai oleh Pelajar –pelajar SMK Arau sebagai pengayuh basikal. Disamping itu juga turut diadakan program menyampaikan sumbangan asnaf untuk meringankan beban komuniti yang bertaraf pendapatn rendah.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Staff PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga dapat mewujudkan satu sikap positif berkaitan PI untuk melibatkan komuniti sebagai medium mengembangkan lagi aktiviti yang lebih berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali