Interactive Game

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan pelajar sekolah rendah dan menengah di sekita Pusat Internet RPA Arau bertempat dia Pusat Internet RPA Arau. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah. Selain itu kami juga memberi sedikit taklimat Klik Dengan Bijak. Ia bertujuan untuk Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas Pusat Internet untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali