Taklimat Advokasi Dan Bengkel E-Usahawan Giat Mara (Teknologi Motosikal )

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 November 2019 : Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan pelajar GIATMARA ARAU yang bertempat di Pusat Internet Arau, Perlis. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan PI1M dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat.

Program ini juga dijalankan bagi memberi pengetahuan tentang keusahawan serta teknik berniaga bagi pelajar yang ingin berniaga selepas tamat sesi pembelajaran di Giat Mara serta memberi taklimat kepada warganegara mengenai kesedaran terhadap dunia digital masa kini dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dan diketahui. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas PI1M untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali