Taklimat Advokasi dan Bengkel E-Usahawan Giat Mara Elektrik II
27 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2019: Pusat Internet telah menjalankan aktiviti bersama-sama dengan pelajar GIATMARA ARAU yang bertempat di Pusat Internet Arau, Perlis. Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi mempromosikan PI1M dan juga mewujudkan hubungan antara masyarakat. Program ini juga dijalankan bagi memberi taklimat kepada warganegara mengenai kesedaran terhadap dunia digital masa kini dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil dan diketahui. Dengan adanya aktiviti seperti ini, hubungan baik dengan masyarakat dapat dikekalkan dan mudah bagi pertugas PI1M untuk mengadakan aktiviti-aktiviti selanjutnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: