Gotong Royong Perdana & Kacau Bubur Asyura 2019

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2019 telah berlangsungnya gotong royong membersihkan kawasan sekitar PI Batas Lintang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 Petang. Program ini diadakan untuk membersihkan kawasan sekeliling Pusat Internet. Amalan gotong royong ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam mewujudkan sesebuah masyarakat yang bertanggungjawab.

Selain itu terdapat juga aktiviti kacau bubur asyura bersama komuniti. Kebaikan dari aktiviti yang dijalankan dari program ini ialah dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan mengeratkan silaturahim antara staf Pusat Internet dan Komuniti kampung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali