Pertandingan Bowling Antara PI Maxis Kolaborasi Bersama Perpustakaan Awam Perlis

18 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2019 PI Tambun Tulang telah menganjurkan Pertandingan Bowling terbuka antara PI Perlis di bawah Maxis dengan kolaborasi bersama Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Program ini boleh menggalakkan peserta untuk lebih aktif dan melakukan perkara yang lebih berfaedah. Program ini disertai oleh 6 Pusat Internet(PI) iaitu PI kg Surau, PI RPA Arau, PI PBS, PI Batas Lintang, PI Pokok Kawi dan PI Tambun Tulang. Sebanyak 6 pasukan yang terlibat dan wakil dari PI Pokok Jawi telah mendominasi perlawanan tersebut sebagai Juara dan PI RPA Arau sebagai Naib Juara.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Staff PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakkan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan. Selain itu, Program ini juga dapat mewujudkan satu sikap positif berkaitan PI untuk melibatkan komuniti sebagai medium mengembangkan lagi aktiviti yang lebih berfaedah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali