Kursus Keusahawanan Taska PERMATA

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 July 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang bersama guru tadika Taska Permata telah mengadakan Program KURSUS KEUSAHAWANAN & EREZEKI BERSAMA GURU TASKA PERMATA. Program yang diadakan Di Pusat Internet Tambun Tulang disertai oleh 9 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari ketiga program dijalankan adalah mengenai penggunaan whatsapp dan Instagram dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali