Taklimat Perancangan Program FACE
07 Febuari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 06 Febuari 2018 : PI Arau menghadiri taklimat LPPKN mengenai Program FACE yang akan dijalankan di RPA Arau yang bertempat di Dewan RPA Arau. program FACE itu akan diadakan selama setahun di komuniti terpilih. Program FACE ini merupakan kesinambungan daripada program Forum Komuniti Keluarga Bahagia dan Program Jelajah Keluarga Bahagia yang pelancarannya telah diadakan di seluruh negara.
Ia bertujuan memperkasa komuniti bagi mengukuhkan kesejahteraan institusi keluarga dengan kaedah mengenal pasti keperluan setempat dan tahap kesejahteraan keluarga di kawasan terpilih berdasarkan skor Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK). "Selain itu, FACE juga bertujuan memperkasa mekanisme sosial dalam komuniti sedia ada dengan tanggungjawab sebagai 'teraju keluarga' berdasarkan IKK serta mengenal pasti program intervensi untuk meningkatkan tahap kesejahteraan keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: