Program MIV Langkawi
28 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 27 September 2018- Pusat Internet RPA Arau telah terlibat dengan program Malaysia ICT Volunteer yang bertempat di Baron Resort Langkawi. SUKARELAWAN ICT Malaysia (MIV) merupakan program kesukarelaan yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi mak¬lumat dan komunikasi (ICT).
Program itu bukan sekadar membantu komuniti menjadi celik ICT dan membudaya¬kan penggunaan internet secara bertanggungjawab, malah lebih daripada itu, MCMC melalui in¬isiatif tersebut berhasrat meli¬hat masyarakat meningkatkan sosioekonomi mereka melalui penggunaan ICT. Antara latihan yang diberikan adalah pengenalan kepa¬da MCMC dari segi perundangan, dan matlamat progam ‘Klik Dengan Bijak’ serta kemahiran mengguna¬kan sistem pembayaran elektronik (e-Payment), pemasaran melalui in¬ternet dan kurier.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: