Kelas Whatsapp Marketing Bersama Pelatih Giat Mara Padang Besar
26 May 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23,24 dan 25 May 2017 PI RPA Arau telah mengadakan Kelas WHATSAPP MARKETING bersama pelatih-pelatih Giat Mara cawangan Padang Besar. Antara kursus yang terlibat ialah Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL), Penyejuk dan Penyaman Udara (PPU) dan Fasion & Designs (F&D). Kelas yang berdurasi keseluruhan 7 jam 30 minit ini telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut mengikut kursus latihan yang ditetapkan oleh pihak Giat Mara. Pelatih yang terlibat berjumlah seramai 43 orang.
Antara tajuk yang telah di sentuh ialah cara-cara membina platfom perniagaan menggunakan WHATSAPP, turut disentuh teknik-teknik asas cara-cara membina template asas pemasaran bermula dari peringkat awal rundingan dengan bakal pembeli sehinggalah testimoni pelanggan, ini termasuk cara membuat promosi secara berperingkat. Pelatih-pelatih turut menjalani latihan praktikal bagi memantapkan lagi teori yang dipelajari. Kelas sepanjang tiga hari ini berjalan dengan lancar dan pelatih-pelatih telah memahami secara teori dan pelaksanaanya. Pihak PI Arau berharap ilmu yang dikongsi menjadi nilai tambah kearah membentuk usahawan yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: