Kelas Website Dan Blog Marketing Bersama Pelatih Giat Mara Padang Besar
01 Jun 2017 | Aktiviti TerkiniPada 29,30 dan 31 May 2017 PI RPA Arau telah mengadakan Kelas WEBSITE DAN BLOG MARKETING bersama pelatih-pelatih Giat Mara cawangan Padang Besar. Kursus yang terlibat ialah Kimpalan dan Fabrikasi Logam (KFL), Penyejuk dan Penyaman Udara (PPU) dan Fasion & Designs (F&D). Kelas telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut mengikut kursus latihan yang ditetapkan oleh pihak Giat Mara. Pelatih yang terlibat berjumlah seramai 43 orang.
Antara tajuk yang telah di sentuh ialah cara-cara membina platfom perniagaan menggunakan website seperti wordpress dan blogspot, seperti yang kita sedia maklum blog adalah medium pemasaran berkos rendah yang efektif, melalui blog perniagaan kita mempunyai potensi besar untuk berkembang dan kita juga berpeluang berjumpa dengan rakan yang berada dalam industri yang sama dengan kita, secara tidak langsung kita dapat melihat dan mengambil nilai-nilai positif yang telah di praktikkan oleh mereka. Pelatih-pelatih turut menjalani latihan praktikal tentang cara-cara menghasilkan blog, pengisian didalam blog dan juga mengaitkan blog dengan pemasaran online yang lain seperti facebook, instagram dan sebagainya. Secara keseluruhan didapati semua pelatih telah berjaya melahirkan blog perniagaan mereka, adalah diharapkan mereka akan terus menggunakan kaedah pemasaran ini pada masa-masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: